Thursday, February 11, 2010

morroco cuisine 4

makanan popular

Couscous
Merupakan makanan utama di morocco dan dijadikan makanan pada waktu tengah hari. Secara tradisionalnya ia dimasak hanya dengan sayuran sahaja. Namun setelah kedatangan pengaruh luar bahan-bahannya telah dipelbagaikan. Couscous boleh dikategorikan sebagai pasta, ia dihasilkan daripada tepung semolina yang berasal daripada gandum jenis durum. Tidak ada resepi khusus untuk couscous kerana ia mempunyai terlalu banyak variasi. Namun selalunya bahan utamanya terdiri daripada couscous, rempah, kekacang, sayuran, dan buah-buahan. Ia biasanya akan dihidangkan dalam bekas yang besar dan dimakan beramai. Couscous di letak dibahagian bawah dan akan dilitupi dengan lauk dan kuah. Roti akan dihidangkan bersama dan fungsinya adalah untuk dimakan bersama daging dan menghabiskan sisa kuah

Tagine.
Ia dinamakan sempena nama tempat memasaknya iaitu sejenis periuk leper yang diperbuat daripada tanah liat dan mempunyai penutup berbentuk kon yang berlubang di atasnya. Ia bertujuan untuk membenarkan wap keluar semasa memasaknya. Ia akan dihidangkan dengan periuk tersebut. Ia sebenarnya mirip kepada stew tetapi ia menggunakkan banyak rempah ratus. Selain itu kekacang, sayuran seperti lobak dan kentang serta buah-buahan kering turut dicampurkan. Bahan utama tajine adalah ayam, daging atau makanan laut. Seperti couscous tajine turut dimakan bersama roti.
Antara variasi lain yang popular adalah menggunakan zaitun hijau dan buah oren yang di awet


Harira
Merupakan sejenis sup, ia biasanya dihidangkan pada bulan Ramadan. Bahan asas adalah kacang dhal dan kacang kuda. Ia akan ditambah sayuran seperti tomato dan saderi. Ayam merupakan bahan yang popular namun terdapat juga sesetengah resepi yang memasukkan makanan laut sebagai alternatif kepada ayam.

Bisteyaa
Bisteeya(juga disebut bastila)merupakan manisan tradisi morocco. Ia di buat dengan warka. Warka merupakan sejenis pastry yang nipis, diisi dengan almond kulit kayu manis dan daging merpati atau ayam dan akan dibakar atau digoreng. Bahagian atasnya akan ditabur dengan serbuk gula.

AddThis

Share |